TUNKU IDRIS TERKEJUT WUJUD DOBI UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA

PUTERA Johor melahirkan rasa tidak percaya terhadap tindakan “ekstrim” pemilik kedai dobi di Muar yang melarang orang bukan Islam menggunakan perkhidmatan mesin cucian di kedainya.

Tunku Idris Sultan Ibrahim berkata terkejut dengan diskriminasi dalam status Instagram peribadinya, disertai dengan gambar laporan berita mengenai kedai dobi itu, yang memaparkan tulisan hanya membenarkan orang Islam di pintu masuk premis berkenaan.

“Adakah ini benar? Ini terlalu melampau. Saya terkejut,” tulisnya.

Posting itu telah menerima hampir 5,000 tanda “suka”.

Putera itu kemudian menaikkan status dengan memetik ayat al-Quran yang menggalakkan umat Islam “berbuat baik kepada orang lain”.

Beliau menegaskan ia tidak mengatakan “hanya berbuat baik kepada umat Islam sahaja”.

“Islam mengajar saya tentang toleransi dan menghormati orang berlainan agama. Bukan mengenai ketuanan terhadap orang lain,” kata Tunku Idris.

– https://www.themalaysianinsight.com

.