TUNKU AZIZ DAKWA KIT SIANG TELAH DIBELI TUN M

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang kini dilihat seolah-olah telah ‘dibeli’ oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa, tindakan Kit Siang juga kini dilihat terlalu ‘menjaga’ Mahathir dan mengikut telunjuknya sahaja.

“Kit Siang kini telah diikat oleh Mahathir, sayapnya telah dipatahkan serta hilang sudah taringnya malah ramai juga menganggap dia telah ‘dibeli’ pengerusi Bersatu itu.

“Sebagai contoh, mengenai skandal Bumiputera Malaysian Finance (BMF) dan Forex yang melibatkan Mahathir, dia (Kit Siang) hanya mengambil langkah berdiam diri sahaja,” katanya ketika sidang media.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff mendesak satu kertas siasatan dibuka berikutan dakwaan CIA, wujudnya penyelewengan membabitkan BMF dan Forex semasa era pemerintahan Mahathir.

Sementara itu, beliau juga sempat memerli tingkah laku Kit Siang mengenai skandal ini dan mengatakan dia kini sudah menjadi seorang yang ‘pemalu’

“Dia sebelum ini sangat lantang bersuara mengecam tindakan Mahathir satu ketika dulu kini sudah menjadi seorang yang sangat pemalu,” katanya lagi.

– Sinar Harian

.