TUNGGU ANWAR BEBAS, LANTIK PM SEMENTARA – SALAHUDDIN

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"91932876-9514-4299-80B7-1053B61C6CB9_1476936849816","width":2141,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":1398,"subsource":"done_button","total_editor_time":288,"brushes_used":0}

Pakatan Harapan perlu ada seorang perdana menteri sementara ekoran kekangan yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim kini untuk menduduki jawatan itu jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu disuarakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub ketika berucap dalam konvensyen pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

“Dalam pilihan raya akan datang calon utama adalah Anwar, ini perjanjian kita yang perlu dihormati tetapi nak bebaskan Anwar kita perlu pergi ke Putrajaya.

“… sebelum Anwar dibebaskan kita perlu ada seorang perdana menteri yang menunggu dulu, setuju?” soal Salahuddin disambut sorakan setuju dari perwakilan.

Mengulas lanjut Salahuddin berkata bagi tujuan tersebut konvensyen Pakatan Harapan hari ini boleh memutuskan siapa perdana menteri sementara itu.

“Tua atau muda, siapa mereka mungkin ada dalam dewan ini rakyat nak lihat, siapa dia sebelum Anwar bebas?

‘Kita tegaskan perdana menteri kita adalah Anwar tetapi konvensyen ini boleh putuskan dalam apa cara sekalipun,” kata Salahuddin.

Terdahulu, awal pagi tadi sekumpulan kecil anggota akar umbi Pakatan Harapan mengadakan bantahan menolak PAS dari menyertai pakatan pembangkang itu.

Mereka yang hadir diketuai Presiden Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia, Osman Ismail.

Selain hadir dengan membawa kain rentang yang tertera slogan “Perkuatkan Pakatan Harapan Tanpa PAS, Selamat berkonvensyen Pakatan Harapan” mereka juga turut melaungkan “Tolak, tolak, tolak PAS”.

MKINI

.