TUN MAHATHIR DI KOTA BHARU 14/10 – SIAPA PULAK JADI BIAWAK

Semalam Tun Mahathir sekali lagi berkunjung ke Kelantan, kali ini di Tunjung Kota Bharu. Lebih 2 ribu rakyat Kelantan sabar menunggu untuk menyambut beliau dalam keadaan hujan. Dek kesuntukan masa, Tun Mahathir hanya sempat berucap selama 30 minit sebelum kembali semula ke KL.

Point utama Tun Mahathir kali ini yang sering diulang2nya adalah PENYATUAN PARTI2 PEMBANGKANG kerana menyedari hanya melalui SATU LAMBANG, SATU CALON DAN SATU MANIFESTO saja yang mampu mengalahkan BN.


Royalti ?  Menang Kerajaan Pusat Dulu Dan Kita Sendiri Tentukan

KLiK untuk ke Youtube

Mengenai Royalti Minyak, Tun Mahathir menjawab, hanya dengan menjadi Kerajaan Malaysia dahulu barulah kita boleh tunaikan apajua janji kepada rakyat.

– Hanya parti yang membentuk kerajaan saja yang sebenarnya boleh laksanakan janji2 yang dibuat.

– Kalau kita nak cari kemenangan, kita mesti bersatu, mengguna satu simbol saja, satu manifesto saja … dan apabila menang, mendirikan satu kerajaan campuran di peringkat pusat.

Memenangi kerajaan negeri tidak cukup untuk menentukan nasib kita.Semuanya bergantung kepada kerajaan pusat. Semuanya perlu meminta2 daripada kerajaan pusat. 

Tetapi kalau kita jadi kerajaan pusat, kita tak payah minta daripada orang lain … kita minta daripada diri kita. Dan kalau kita minta daripada diri kita, takkan kita tak bagi !

Ketepikan Permusuhan, Satu Simbol, Satu Manifesto, Satu Calon !



KLiK untuk ke Youtube



Parti pembangkang lawan sesama sendiri sebab itu kalah. Semasa saya memimpin BN, saya tak takut parti lawan. Saya tak payah lawan mereka. Mereka lawan sesama sendiri. Bila mereka lawan sesama sendiri, mereka tentu tak boleh kalahkan BN yang merupakan satu gabungan 14 parti politik di dalamnya. 

BN menang kerana mereka berjuang sebagai sebuah parti. Bukan sebagai parti MCA, Umno, MIC, Supp dan lain2.  Mereka menggunakan satu simbol saja – dacing. Mereka mempunyai satu manifesto saja. Dan yang utama ialah, mereka meletak satu calon dalam satu kawasan, dan semua 14 buah parti sokong calon itu. Dengan itu mereka dapat undi yang terbanyak mungkin.

Tetapi parti lawan letak calon dari parti itu, parti ini.. dan berpecahlah sokongan kepada parti lawan. Dan mereka kalah,

Kalau nak jatuhkan BN hanya satu cara saja yang ada. Caranya ialah dengan bergabung.

Jika terus bertanding atas tiket parti masing2, parti lawan tidak akan menang.

Kali ini saya ingin mendesak kepada semua parti lawan – KALAU NAK MENANG, KETEPIKAN PERMUSUHAN ANTARA KITA,

Dan kita bersatu. Kita sokong siapa saja yang diletak sebagai calon. Dan kita menggunakan satu simbol saja. Inilah caranya untuk mendapat kemenangan.

Makanya kita dapat lihat sekarang bagaimana Najib dan para balacinya begitu bersungguh2 mahu menggagalkan usaha penyatuan ini. Sehingga ke tahap Najib sendiri melabelkan usaha penyatuan ini sebagai satu perpecahan perpaduan !

Sebab mereka sedar nasib mereka bukan bergantung kepada kekuatan diri mereka sendiri tetapi kepada kegagalan parti2 pembangkang untuk bersatu.

Mereka akan mengapi2kan kita dengan isu2 perkauman dan agama ….. tujuannya hanya satu – Jangan biarkan parti2 pembangkang bersatu.

Umno sudah terdesak !

DiTuduh Mencuri, Kita Berasa Malu … Itu Kalau Kita Tak Mencuri la…

KLiK untuk ke Youtube

Saya bukan sengaja nak main masuk keluar masuk keluar Umno. Ada sebab2nya. Dan kali ini sebabnya amat dasyat.

Apabila dunia berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia ini dah curi duit ! Kita berasa malu. Tapi dia tak berasa malu. Yang ni pelik.

Sepatutnya kalau orang tuduh kita mencuri, kita berasa malu …. kalau kita tidak mencuri lah. Tapi kalau mencuri, kita nak kata apa ?

Inilah sebabnya yang hari ini saya berada bersama2  dengan parti2 yang dulu menjadi musuh saya. Dan saya dengan mereka berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Umno,

Siapa BIAWAK Yang Tun Maksudkan Ini ?


KLiK untuk ke Youtube

Ketepikan segala permusuhan antara kita. Dan tentukan kita kerjasama dengan cukup rapat supaya kita dapat kalahkan BN dan Umno.

Saya berasa sedih nak cakap macam ini. Tapi apa boleh buat … yang utama bukan Umno. Yang utama agama, negara dan tanahair. Itu yang utama.

Kalau kita nak dukung juga BIAWAK ini, kita talqin.( tak berapa jelas ) Dia dah lama jadi busuk. Sebab itu kita semua harus buat keputusan, janji kepada diri sendiri bhawa dalam pilihanraya ke 14 ini, kita akan undi parti2 lawan yang bergabung, dan mengguna satu simbol, satu manifesto dan akan mendirikan satu kerajaan yang akan mengganti kerajaan BN.

Puan Anina juga membuat penampilan selaku Ketua Serikandi ( Wanita ) PPBM.

Angkara Najib, Generasi Akan Datang Turut Berhutang !
 

KLiK untuk ke Youtube.

Disebalik serangan Najib dan para balacinya terhadap peribadi Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, Anina mengingatkan kita siapa sebenarnya PENCURI HARTA RAKYAT.

Serangan2 peribadi itu lebih berbentuk mengalih tumpuan rakyat daripada skandal2 yang membelenggu Najib.

Najib bukan hanya mencuri duit kita hari ini, tetapi juga duit anak cucu dan cicit kita yang belum lahir lagi. Duit yang dicuri oleh Najib hari ini hanya akan habis dibayar sekurang2nya pada tahun 2036 !

Makanya kita harus bertindak sekarang demi untuk menyelamatkan bukan saja nasib rakyat pada hari ini tetapi juga nasib rakyat generasi akan datang yang belum lahir lagi tapi sudah menanggung hutang yang dibuat oleh Najib ketika ini. 

– http://dinturtle.blogspot.com/

.