TUN M TAK MENYESAL LETAK JAWATAN PM

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tegaskan beliau tidak pernah menyesal di atas keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Katanya, tindakan beliau mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada 2003 dibuat, kerana beliau percaya dan sedar bahawa negara memerlukan pemimpin yang baharu.

“Tak macam perdana menteri kita sekarang ini (merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak) yang tak sedar lagi,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di bangunan sementara Parlimen di sini, hari ini.

‎Terdahulu, Mahathir hadir ke Parlimen, kira-kira jam 10 pagi datang ‎bertujuan untuk mengadakan perbincangan bersama ahli Parlimen pembangkang tentang usaha mempertahankan Parlimen dan kuasa imuniti dalam Parlimen.

Turut hadir, bersama Mahathir ialah Presiden Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Selain itu, lebih 30 orang anggota parlimen pembangkang turut hadir dalam mesyuarat ‎itu.

SINAR HARIAN

.