TUN M SEDIH: PARLIMEN TIDAK SEBEBAS DULU

Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedihnya selepas ‘kembali’ ke parlimen selepas bersara sebagai perdana menteri pada 2003.

“Saya rasa saya pernah hadir sini untuk acara sosial, tetapi ini pertama kali saya melawat bangunan baru.

“Nampak cantik sungguh. Bangunan ini hebat tetapi saya tidak rasa gembira. Saya rasa sedih.

“Bangunannnya OK, tapi kandungannya tidak,” katanya kepada pemberita selepas hadir mesyuarat pembangkang bagi membincangkan isu hakisan pada kekebalan anggota parlimen.

Mesyuarat itu dibuat susulan langkah polis menyiasat tiga bekas anggota kabinet berkaitan ucapan mereka di Dewan Rakyat.

Mahathir, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata beliau “sangat sedih” kerana parlimen tidak lagi seperti dulu.

Ditaya berkaitan usaha Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menambah baik institusi parlimen, Mahathir berkata belum nampak perubahan yang positif.

Beliau membangkitkan cara Pandikar sendiri mengendalikan sidang Dewan Rakyat yang katanya “mungkin akan haramkan perbahasan untuk semua perkara”.

Hari ini pertama kali pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menjejakkan kaki ke bangunan itu sebagai pembangkang.

Turut hadir Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Ketua Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lebih 30 orang anggota parlimen pembangkang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen.

MKINI

.