TUN M MAHU LAGAKAN NAJIB, ZAHID

PASIR MAS – Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah meminta restunya untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat untuk melaga-lagakan kedua-dua pemimpin itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan itu dilihat mahu memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan ahli parti.

“Bagi saya Tun boleh membuat sebarang dakwaan tetapi beliau perlu kemukakan kebenaran tentang apa yang dikatakan itu,”katanya.

Terdahulu Mahdzir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Mas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim 1 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Pasir Mas, Senator Datuk Hanafi Mamat dan barisan kepimpinan bahagian.

– SH

.