TUN M JUGA TURUT SAMA BUAT ‘MANNEQUIN CHALLENGE’

KUALA LUMPUR – Sebuah video telah tersebar di laman Facebook mengenai ‘Mannequin Challenge’ yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam video berdurasi 33 saat itu turut melibatkan pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; timbalan presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan juga isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Video tersebut dimuat naik sebuah Facebook telah mendapat 184,000 viewer serta 3,800 ‘share’ serta ramai orang meninggalkan komen mereka setelah keletah Mahathir mengenyit mata dirasakan lucu oleh mereka.

“Tun M (Mahathir) sempat kenyit mata, nakal betul,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Nice one (baik sekali). Tun siap kenyit mata lagi,” tulis pengguna Facebook yang lain pula.

“Mata tu yang cute (comel) siap wink (kenyit) lagi, apa orang nak cakap, cakaplah, Tun tidak rugi apa-apa pun,” tulis yang lain pula.

Sementara itu, ada juga pengguna yang mendoakan kesihatan Mahathir dan isterinya.

“Semoga Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah terus diberikan kesihatan yang baik, Amin,” tulisnya pula.

– SH

.