TUN M, HUSAM MUSA DAN WAN RAHIM BERJIWA BESAR, KATA MAHFUZ

1. Saya berasa sukacita atas penarikan balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) ke atas  Yb Hj Husam Musa,s Hj Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Tun Dr Mahathir Mohamad.
Isu penarikan balik bintang kebesaran ini mewarnai politik Malaysia dengan penuh warna warni yang  menarik perhatian rakyat di seluruh negara. Pemimpin klaptokrat pula terus bermaharaja lela di Malaysia dengan penuh bangga memakai gelaran anugerah darjah dan bintang kebesaran.
Syabas Tun M, Yb Hj Husam Musa dan Hj Wan Abd Rahim Wan Abdullah kerana berjiwa besar. Setiap manusia lahir hanya dengan gelaran sebagai hamba Allah dan tiada apa yang perlu dibangga dengan setiap gelaran.
2. Penarikan balik darjah dan bintang kebesaran ini menjadikan anugerah darjah dan bintang kebesaran sudah tidak bernilai di mata rakyat apabila pemimpin klaptokrat yang ditolak rakyat dilihat masih menyandang anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut.
Seolah olah Rakyat sedang melihat  anugerah bintang kebesaran hanya layak diberi dan terus kekal oleh penyandangnya dari kalangan penyamun, perompak dan lanun negara.
3. Namun di hati kecil saya berasa sedih kerana melihat penarikan ini telah  mencalarkan nama baik institusi Raja-Raja Melay apabila berlaku diwaktu rakyat sedang mempersoalkan cara pemimpin mengurus tadbir kerajaan Malaysia dan gaya pemimpin klaptokrat negara.
Situasi ini membimbangkan saya  rakyat mempunyai pesepsi melihat  seolahnya Raja-Raja Melayu menjadi pelindung dan mempertahankan kerajaan serta pemimpin klaptokrat negara dari kalangan UmnoBn. Sewajarnya Majlis Raja-Raja Melayu perlu memadamkan pesepsi ini agar rakyat tidak menyalahkan Raja-Raja Melayu atas kerosakan negara akibat dari kerajaan dan tangan pemimpin klaptokrat UmnoBn.
Apa yang semua rakyat mahukan adalah institusi Raja-Raja Melayu di pertahan dan dihormati.  Majlis Raja-Raja perlu memberikan suntikan nafas baru pada institusi Raja-Raja Melayu  mengikut kesesuaian dengan persekitaran dan pemikiran baru masyarakat agar ianya dipandang mulia oleh masyarakat.
4. Hakikatnya Isu penarikan balik darjah dan bintang kebesaran ini  menambahkan kekuatan keazaman dan kebulatan tekad rakyat Malaysia  untuk membuat perubahan dan peralihan kuasa politik Malaysia dan negeri negeri.
Rakyat Malaysia tidak berganjak dan bertolak ansur dengan soal integriti kerajaan dan pemimpin negara yang membawa kerosakan negara.
Menjadi tanggungjawab bersama raja dan rakyat untuk membina semula Malaysia.
“Dimana raja di situ kerajaan,
Sudah tertakdir kurniaan Tuhan,
Raja Melayu nobat kedaulatan,
Hamba Melayu menjunjung sultan”.
“Raja dan rakyat berpisah tiada”
DATO’ Hj MAHFUZ OMAR

Ahli Parlimen Pokok Sena

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.