‘TUN M HANYA NAK JAYAKAN AGENDA PERIBADI’

IPOH – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang pernah dibencinya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Tun Mahathir juga dilihat hanya mahu mencapai kepentingan dan agenda politik peribadinya sahaja.

Menurutnya, bekas pemimpin Umno itu juga dilihat sanggup mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini    hingga memperlihatkan beliau seorang yang tidak mempunyai hala tuju perjuangan.

“Dia (Tun Mahathir) orang politik yang sering ubah taktik demi nak pastikan hasrat peribadinya berjaya, itu sahaja,  jika dulu dia tolak perhimpunan sekarang dia sendiri pakai baju Bersih.

“Janji perkara itu dapat menyumbang kepada kekuatan politik beliau, dia akan lakukan asalkan dia boleh ‘menang’ dalam politik,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Bengkel Penyediaan Modul Pengurusan Padi Pertubuhan Peladang 2016 di sini, malam tadi.

SINAR HARIAN

.