Tukar Nama ‘Pretzel Dog’ Kepada ‘Pretzel Sausage’ – Jakim

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan Auntie Anne’s menukar nama makanan mereka daripada ‘Pretzel dog’ kepada ‘Pretzel sausage’ untuk memudahkan pensijilan halal.

“Ia lebih sesuai dengan menggunakan nama Pretzel Sausage’,” jelas Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Dr Sirajuddin Suhaimee.

“Proses penambahbaikan sedang dijalankan dari semasa ke semasa.

“Nama baik Malaysia sebagai tokoh perintis ‘halal global’ perlu dipertingkatkan.

“Untuk mengelakkan isu ini di peringkat global, panel telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama seperti itu,” katanya melalui WhatsApp pada Selasa.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Jakim menjelaskan bahawa badan itu tidak melabelkan Auntie Anne’s sebagai tidak halal.

Jakim menjelaskan bahawa produk makanan Auntie Anne’s sedang dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal Malaysia.

Ia berkata, perkara itu dilakukan selepas beberapa penambahbaikan kepada permohonan francais ini.

Minggu ini, Jakim menolak permohonan pensijilan halal Auntie Anne’s dan ianya menjadi viral di media sosial dan blog, dengan ramai orang Islam mempersoalkan status halal barangan makanan.

Sebagai tindak balas, Bahagian Jaminan Kualiti (QA) dan Eksekutif Halal Auntie Anne’s, Farhatul Kamilah pada Isnin memuatnaik penjelaskan di laman Facebook
bahawa permohonan halal telah ditolak kerana isu-isu nama “hot dog” dan pentadbiran.

Jakim mahu Aunty Anne’s untuk menamakan semula produk makanan dan boleh digunakan semula untuk pensijilan halal bagi cawangannya berdasarkan zon bagi memudahkan proses pengauditan.

Sebelum ini, syarikat itu telah mendaftar pensijilan halal untuk semua 45 cawangan di bawah satu permohonan.

Farhatul telah memberi jaminan kepada pelanggan bahawa Aunty Anne’s sedang dalam proses mendapatkan pensijilan.

– ANN

.