TPPA SUDAH BERKUBUR, KATA PENASIHAT TRUMP

Presiden dipilih Donald Trump tidak akan menghidupkan semula perjanjian perdagangan terhenti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh pendulunya dalam apa jua bentuk, tetapi akan segera meneruskan perjanjian perdagangan dua hala, kata seorang penasihat dasar peralihan Trump.

“TPPA telah berkubur, Saya tak boleh tegasnya lebih kuat lagi daripada itu,” kata penasihat itu, yang tidak mahu namanya disiarkan kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap secara terbuka bagi pihak pentadbiran baru yang akan mengambil alih kuasa mulai 20 Januari ini.

“TPPA, atau perjanjian pelbagai hala yang kelihatan seperti TPPA tetapi dipanggil dengan nama lain, sesungguhnya telah berkubur.”

Pada hari Rabu, penama Trump sebagai setiausaha negara, Rex Tillerson, berkata beliau tidak menentang perjanjian perdagangan 12 negara Rim Pacifik Presiden Barack Obama, tetapi berkongsi beberapa pandangan Trump “tentang sama ada perjanjian yang telah dirundingkan itu terbaik untuk semua kepentingan Amerika”.

Bercakap melalui telefon lewat hari Khamis, penasihat Trump itu berkata Tillerson menyuarakan beberapa pandangan peribadi tentang teori perdagangan bebas.

Penasihat itu berkata pentadbiran baru tidak akan meneruskan perjanjian perdagangan pelbagai hala.

“Anda akan terkejut dengan kecepatan di mana perjanjian dua hala mula menjadi kenyataan,” kata penasihat.

Britain telah menyatakan minat yang kuat dalam perjanjian perdagangan dua hala dengan Amerika Syarikat apabila ia keluar daripada Kesatuan Eropah.

Jurucakap rasmi bagi pasukan peralihan Trump tidak memberi respon kepada permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan lanjut. [Baca berita penuh]

– Reuters

.