TOK HIM SOKONG BERSATU ATAU…

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meramalkan PPBM atau Bersatu akan mendapat sokongan pengundi Melayu atas pagar dalam pilihanraya umum akan datang nanti.
Walaupun Bersatu tidak terserlah, saya rasa pengundi atas pagar akan pergi kepada parti itu, katanya.
Tambah beliau, UMNO dan Pas hanya mempunyai kekuatan di kalangan penyokong tegar masing-masing saja dan mereka ini tidak peduli sama ada wujud isu 1MDB, kos sara hidup, GST dan sebagainya.
Ibrahim juga menjangka Pas tidak lagi mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu, sebagaimana faedah itu dinikmatinya dalam pilihanraya sebelum ini.
Tentu ada yang sedikit kehairanan dengan kenyataan Ibrahim Ali kali ini, ternampak lain benar nada dan temponya.
Adakah ia suatu bentuk sokongan kepada PPBM dan beliau cuba memberi gambaran bahawa PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sedang mendapat sambutan rakyat, manakala UMNO dan Pas yang dilihat seperti rakan kongsi, mulai ditinggalkan oleh pengundi Melayu sendiri?
Habis…ke mana pula haluan Tok Him dan Perkasa dalam piliharaya akan datang?
Kalau beliau mengatakan PPBM akan mendapat sokongan pengundi Melayu dan UMNO serta Pas hanya disokong oleh penyokong tegarnya saja, apakah Tok Him masih mahu meneruskan rancangan meletakkan 50 calon dalam pilihanraya sebagaimana yang pernah diumumkannya?
Tok Him sebelum ini sudah mengumumkan bahawa Perkasa akan meletakkan 50 calon untuk bertanding di kawasan Parlimen dalam PRU 14 akan datang.
Menurut beliau, 50 calon itu akan bertanding atas tiket “Barisan Bebas Perkasa” dengan tumpuan di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang turut ditandingi oleh UMNO, Pas dan Pakatan Harapan.
Dengan menyatakan PPBM mendapat sokongan pengundi Melayu dan UMNO serta Pas hanya disokong kumpulan tegasnya saja, Tok Him secara tidak langsung juga menggambarkan calon “Barisan Bebas Perkasa” lebih sedikit lagi sokongannya.
Jadi, terus mahu meletakkan calon dan tidak?
Tidakkah jika meneruskan perletakan 50 calon Bebas di sebalik mengatakan PPBM lebih mendapat sokongan berbanding UMNO dan Pas, Tok Him sebenarnya hanya bertujuan memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada Najib mengekalkan kuasanya?

Adakah kenyataan Tok Him ini semata-mata bertujuan menggamit “dedak” daripada Najib?

–¬†http://shahbudindotcom.blogspot.my/

,