TINGGAL HANYA 2 JALAN UNTUK NAJIB BERPOLITIK SEKARANG: SATU – DENGAN MENGGUNAKAN WANG. DUA – DENGAN MENYALAKAN API PERKAUMAN

RUU355 sudah terang terang dimainkan oleh najib untuk melagalagakan orang Melayu dengan orang bukan Melayu di Msia!
Tinggal hanya 2 jalan untuk najib berpolitik sekarang. Satu, dengan menggunakan wang. Dua, dengan menyalakan api perkauman.
Kedua kedua jalan tersebut membuktikan dia ketandusan idea untuk memimpin Malaysia kearah kesejahteraan, kesetabilan dan kemakmuran.
Dibawah kepimpinan najib, urustadbir negara sudah lingkop!

Hutang sekeliling pinggang!
Duit Ringgit runtuh nilai!
GST menghenyak dada dan perut rakyat!

Orang asing berkerumun masuk rampas kerja. Rakyat sendiri berselekeh berharap harap belas kesian orang!
Nilaikanlah baik baik kerajaan yg ada sekarang bila pilihanraya nanti. Saya sudah buat keputusan untuk tukar gomen yg ada ini kerana mereka tidak cekap dan korap!


“FINALLY PAS GETS TO SEE THE TRUE FACES OF HADI & NAJIB: MACC HAS TRACED THE MONEY FROM NAJIB’S ACCOUNT TO THE INDIVIDUAL CLOSE TO PAS – RAFIZI”

Semua orang tahu:

Kerana duit, serban kemana? Kepala kemana? Ugama kemana? Perinsip hidup kemana?

Orang Melayu kena faham; hanya dengan mempunyai institusi ketatanegaraan yang kemas dan perkasa sahaja kita dapat uruskan masyarakat dengan baik dan berkesan.

Sekarang ini dibawah kepimpinan najib, parlemen dah serong, kehakiman dah tak berkesan, PAC dah jadi alat umno, Rasuah bermaharajalela.

Apa patut kita buat sebagai rakyat yang perihatin kepada Negara dan Bangsa?

Tukarlah gomen yg merosakkan ini. Pilihlah pemimpin yang jujur dan taat kepada Allah; yakni tahu dosa pahala dalam hidup seharian.

WRITTEN BY: Sopian Ahmad

http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.my/