TIGA DAESH RAKYAT MALAYSIA TERBUNUH DI SYRIA

KUALA LUMPUR – Tiga rakyat Malaysia yang menyertai gerakan militan Daesh di Syria disahkan terkoban dalam pertempuran di Raqqah, kelmarin.

Perkara ini disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter-Terrorism (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Berdasarkan maklumat dan risikan, kita sahkan perkara terbabit.

“Mereka yang terbunuh dikenali Zainuri Kamarudin, 50, Sazrizal Mohd Sofian Thayalan, 27 dan Ahmad Asyraf Arbee Ahmad Jamal Arbee, 31,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata, tiga rakyat Malaysia ini terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria di Raqqah.

Mengulas tentang jumlah angka rakyat Malaysia yang meyertai Daesh dan terkorban di Syria, Ayob Khan memberitahu, seramai 30 orang telah dikenalpasti daripada jumlah keseluruhan 95 orang.

Sementara, lapan daripada jumlah bilangan mereka telah pulang ke Malaysia dan menerima tindakan undang-undang.

– Sinar Harian

.