THE SILENT KILLERS THAT MAY TRIGGER A MALAY TSUNAMI

PRU14 akan berlangsung tahun depan. Itu kata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi. Bulan Mac agaknya iaitu ketika cuti sekolah. Ramai berpendapat PRU14 adalah “ibu segala PRU”.

Ia timbul mungkin disebabkan jangkaan persaingan sengit antara tiga blok parti2 mewakili Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Gabungan Parti Islam SeMalaysia ((PAS) dan Ikatan. Kalau diikutkan PRU sebelum ini pun agak hebat jugak menyaksikan BN kehilangan majoriti 2/3 pada PRU12 dan majoriti diterima merosot lagi pada PRU13.

Mungkin disebabkan itu juga PRU14 nanti dikatakan ‘ibu segala PRU’. Kali ini dikatakan bukan saja berlaku tsunami pengundi Cina, malah akan berlaku tsunami pengundi Melayu.

Sebabnya, Melayu dikatakan sudah ada pilihan lebih baik daripada BN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah, PKR, PAS, malah mungkin DAP yang selalu dipromosi sebagai parti pelbagai kaum walaupun hakikatnya ia dikuasai oleh kaum Cina.

Adakah tsunami Melayu akan melanda pada PRU14 bila mana orang Melayu dikatakan bosan dengan Umno beralih arah ke parti dipelopori dan diterajui pemimpin-pemimpin Melayu meskipun pada hakikatnya telah berpecah2 menjadi parti-parti kecil.

Secara fizikal dalam sesi2 perhimpunan dan perjumpaan parti pembangkang tidak terlihat pun kehadiran ramai orang Melayu bagaimana tsunami Melayu mahu menjadi realiti. Kalau tsunami Melayu mahu dikira berdasarkan peperangan di alam siber, ia juga mungkin tidak begitu tepat kerana daripada hampir 19 juta pengundi di negara ini peratusan tinggi kalangan mereka yang tidak peduli dan tidak ambil tahu pun apa yang berlaku di alam maya itu. Jadi, kena realistik dan perlu berpijak di bumi yang nyata.

Satu lagi pandangan bahawa tsunami Melayu akan berlaku di kalangan orang muda orang bandar dan pinggir bandar. Adakah betul?  Berdasarkan situasi semasa kumpulan besar orang muda kurang memperlihatkan kecenderungan dan ambil tahu mengenai politik. Mereka lebih menjurus kepada kepentingan diri mereka mudah dapat kerja, gaji pun OK, berniaga pun senang boleh berhibur bertemasya menonton bola sepak dan boleh untung berniaga dengan adanya niaga online guna sosial media.

Malay crowd at a concert

Cumanya kos sara hidup dan isu2 perumahan dan kos rumah di bandar terutamanya perlu diuruskan secara bijak kerana isu2 ini boleh menjadi duri dalam daging kepada BN. Kenaikan harga minyak masih berterusan.

Isu2 babitkan rasuah, penyelewengan integriti dan moral amat penting ditangani secara serius tegas tanpa kompromi kerana implikasinya kepada imej dan reputasi negara.

Adakah isu2 ini akan menjadi ‘pembunuh senyap’  merangsang kepada tsunami Melayu seperti diwar-warkan tu? Malah, dikatakan ramai yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan apa yang berlaku di pelbagai peringkat kepimpinan masih berada di dalam UMNO sebagai parti teras BN dan hanya menunggu masa saja untuk meletup dari dalam.

Banyak juga kaji selidik dilakukan baik di sebelah kerajaan atau pembangkang untuk mencari ketepatan apa sebenarnya dirasai rakyat dan kemanakah kecenderungan mereka masih tidak memperolehi jawaban yang jitu konkrit dan boleh diyakini.

Manusia berevolusi dan sifatnya terlalu kompleks gaya permainan pada masa kini sehingga ke saat-saat akhir sebelum PRU masih terus berubah2 mengikut kebijaksanaan mengurus dan mengutarakan isu, apakah kejadian2 yang akan memberi kelebihan seperti Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir atau apakah program dan event yang memberi impak spt penganjuran Sukan SEA selain kenyataan dengan permainan isu2 yang boleh dipusing2 sentimennya.

By Gondrong (Guest Blogger)

– http://lifeofaannie.blogspot.my/

.