Johnson, 44, yang meminjam suaranya dalam filem animasi Disney Moana sebagai dewa separa manusia Maui, berkata, dia teruja dengan suasana pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, sekali gus menarik minatnya untuk bertanding merebut jawatan presiden.

“Saya cintakan negara saya. Saya sangat patriotik dan merasakan kepimpinan yang hebat dan dihormati sangat penting, terutama pada waktu sekarang,’’ kata pelakon filem popular, The Fast and The Furious itu.

Ditanya potensi beliau untuk bertanding ke White House, Johnson berkata, jika dia rasa mampu menjadi pemimpin yang berguna untuk rakyat AS, sudah pasti dia akan meneruskan cita-cita itu.

Awal tahun ini, Johnson dalam Instagram miliknya menyatakan ucapan terima kasih kepada wartawan Washington Post yang menyebut, pelakon itu mempunyai laluan yang kukuh dalam karier politik terutama sebagai anggota parti Repulikan di Florida yang mempunyai darah campuran.

Walaupun pelakon itu tidak menyebut secara khusus bila dan parti yang akan diwakilinya tetapi dia merasakan pengli­batannya dalam perniagaan sebagai penerbit di Hollywood telah mendisplinkan dirinya untuk menceburi bidang politik.

Jika Johnson bergiat dalam politik bermakna dia turut mengikuti jejak langkah ahli gusti profesional, Jesse The Body Ventura yang kini berkhidmat sebagai gabenor Minnesota dan ahli bina badan dan juga pelakon, Arnold Schwarzenegger yang menjadi gabenor Republikan di California selama dua penggal.

– Reuters

,