TERKINI: JAWAPAN MAHATHIR TERSEBAR LUAS DI HIMPUNAN AGUNG UMNO

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika hadir pada majlis Siri Syarahan Perdana Presiden UIAM di kampus utama UIAM, Gombak hari ini. Foto/SAFWAN MANSOR. 04 JUN 2014
Jawapan terkini Tun Dr.Mahathir yang memalukan Najib tersebar luas seperti kilat di Perhimpunan Agung UMNO petang ini di samping  berjuta umat Islam yang mendapatnya selepas menunaikan sembahyang Jumaat . Mereka yang belum membacanya,lawati posting terkini Blog Tun Mahathir.
 
BERTIMBUN AKHBAR BERITA UMNO TAK LAKU
Kecuali  akhbar popular Kosmo laris di pasaran, akhbar-akhbar  arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang menumpukan laporan Perhimpunan Agung UMNO tak laku bertimbun di pasaran.(gambar ini diambil pada jam 6 petang 1November 2016  di 7E Putrajaya) 
Walaupun kemerosotan kedua akhbar ini telah lama berlaku tetapi keadaan bertambah teruk  dalam masa perhimpunan itu.

Anda sendiri dapat melihat keadaan ini di gerai-gerai  akhbar, kedai mamak dan juga di 7E di merata-rata tempat terutamanya di Putrajaya dan sekitar Kuala Lumpur.

Walaupun penerbit akhbar-akhbar  ini sedar bahawa media sosial dan portal berita bukan UMNO lebih diminati ramai tetapi pengarang-pengarangnya sendiri masih mempunyai keyakinan seolah-olah orang masih meminati Perhimpunan UMNO seperti dahulu.
Mereka mensia-siakan  beberapa muka akhbar dengan siaran ucapan penuh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang tidak lagi dibaca oleh orang ramai.
Sewajarnya muka-muka ini disiarkan dengan berita-berita umum yang lebih diminati pembaca atau dikurangkan mukanya  bagi menjimatkan kertas dan mengurangkan kerugian.
Konklusi yang boleh dibuat berasaskan kepada kemerosotan akhbar ini ialah pengarang-pengarang tidak sensitif kepada perubahan sikap orang ramai. Mereka syok sendiri dengan kepercayaan penyiaran  lebih banyak berita UMNO  maka lebih banyak orang membaca seperti  pemimpin-pemimpin UMNO  percaya dengan bertempik-tempik dan  menjerit-jerit kuat ketika membuat ucapan maka suara mereka didengar dan dipercayai.
Pada hakikatnya mereka adalah syok sendiri.
Hakikatnya ialah sebahagian besar orang Melayu sudah merasa terasing dari UMNO. Mereka tidak lagi merasa sebahagian dari Perhimpunan Agung UMNO, nasib mereka tidak lagi bergantung pada UMNO sebaliknya bagi mereka perhimpunan itu merupakan  hal ehwal  UMNO dan bukan Melayu.
Dalam erti kata lain tidak lakunya akhbar-akhbar kerana laporan  Perhimpunan Agung UMNO adalah bukti orang -orang UMNO  berada dalam keadaan ilusi atau syok sendiri setelah percaya kepada pementasan sandiwara atau drama mereka sendiri dalam perhimpunan itu.

KOMEN:
MUAL DAN LOYA DI LUAR PERHIMPUNAN UMNO
msh2 December 2016 at 09:59

Salam Tan Sri.

Tepat apa yg sdra lontarkan.

PAU…adalah satu Pementasan Sandiwara ala Bollywood penuh glamor…hilai ketawa…tangis sedu..kutuk mengutuk…puji dan puja…mengadu dumba…riuh rendah tepukan gemuruh dsb.

Sedangkan…rakyat diluar terutama Melayu mual dan loya…akhbar Utusan menjadi tenat…dan Parti nenjadi makin dibenci.

Tetapi mereka peduli apa…janji survival diri…pangkat..dan kuasa serta kekayaan mereka kekal dan terjamin.

Sikap mereka cukup lekeh…hina lagi keji kerana masih tidak mahu berubah dan menerima hakikat bahawa bnyk kemungkaran yg telah berlaku tetapi masih tetap mempertahan semua itu.

Alahai Melayu….”demi bangsa…ugama dan negara” kunon.

http://zamkata.blogspot.my/2016/12/laporan-perhimpunan-umno-sebabkan.html

.