TERIMA KASIH PAK LAH, GHANI – NAJIB

ISKANDAR PUTERI 6 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak memuji dan melahirkan terima kasih serta penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mewujudkan koridor ekonomi, Iskandar Malaysia.
Perdana Menteri berkata, idea yang dicetuskan oleh Abdullah semasa menjadi Perdana Menteri pada 2006 yang disambut oleh kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor) berjaya menjadi pemangkin pertumbuhan dan kemajuan di negeri ini.

“Terima kasih kepada Pak Lah (Abdullah) kerana mencetuskan idea koridor ekonomi yang paling pesat membangun di negara kita ini. Saya hanya menjadi penyambung dan penerus kepada idea ini.

“Begitu juga penghargaan kepada Abdul Ghani yang menyambut baik kewujudan Iskandar Malaysia di sini dan kini disambung pula oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” katanya semasa merasmikan sambutan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan Educity, di sini sebentar tadi.

– UTUSAN ONLINE

.