TERIMA KASIH NAJIB: ANDALAH ‘BAPA PERPADUAN’ RAKYAT!

Kesian kat Najib bila baca laporan di atas…. jelas otak Najib dah berserabut dan tak mampu nak berfikir secara rasional.

Mula2 Najib bercakap tentang perpaduan nasional dengan mengaitkan ketua pembangkang yang memainkan isu perkauman pada tahun 2008, kemudian beliau bercakap tentang perpaduan bangsa Melayu pula bila mengaitkan seorang pemimpin lama yang membentuk satu lagi parti politik Melayu.

Akhir sekali Najib beri amaran bila kedua pemimpin fasa 1 dan fasa 2 itu sudah mula bersalaman dan berbaik2 ! ?

Seriusli la …. Najib ni bercakap tentang Perpaduan kaum atau tentang Survival Politiknya ?

Bukankah bagus bilamana dua pemimpin yang mewakili ribuan pengikut bersalaman ? Adakah perkara itu dianggap sebagai faktor perpecahan perpaduan hanya kerana tidak melibatkan Umno ?

Apakah bila Umno terlibat saja baru boleh dikatakan sebagai perpaduan ?

Parti Melayu ada 5 ….. pemimpin lama itu mahu satukan 4 dari 5 parti itu …. bukankah itu lebih baik dan menunjukkan perpaduan ke arah positif ? Dari 5 menjadi 2 ?

Makanya …. kenapa pihak Najib kelihatan bersungguh2 mahu menghalang keempat2 parti itu dari bersatu ? Bersungguh2 para macai dan balaci melaga2kan kepimpinan parti2 tersebut supaya mereka tidak akan bersatu …. nah, siapa yang tidak mahu melihat perpaduan ?

Sekali lagi, adakah kerana usaha itu tidak melibatkan Umno maka usaha itu harus dilihat sebagai mahu memecahkan perpaduan Melayu padahal yag diusahakan adalah supaya 4 parti itu bersatu tujuan ?

Sebab itulah kita katakan Najib dah meroyan. Najib dah terdesak sampai keliru antara politik dan perpaduan. Bila parti2 pembangkang mahu bersatu pun dikatakannya sebagai mahu memecahkan perpaduan. Bukan saja parti2 pembangkang Melayu saja tapi turut melibatkan semua kaum.

Pendek kata – Pembangkang mahu menyatukan suara rakyat bukannya memecahbelahkan lagi rakyat. Sepatutnya Najib menyokong usaha itu bukannya menentang !

Tapi apapun kita kena respek juga pada Najib. Najib amat merendah diri. Beliau tidak mahu mengaku menjadi penyebab penyatuan rakyat masakini.

Serius … kini seluruh rakyat BERSATU HATI memaki hamun Najib ! Dari sekecil2 anak sehinggalah yang tua, tak kira kaum atau pangkat, SEMUA SEPAKAT mengkritik Najib.

Najib sudah menjadi satu2nya faktor perpaduan rakyat !

Tanyalah orang India, orang Cina, orang Kadazan, orang Melayu …. tanya pandangan mereka tentang Najib …. gerenti semua seiya sekata akan maki. WOW !

Belum pernah lagi ada mana2 pemimpin kita yang mampu menyatukan hati rakyat sepertimana yang Najib berjaya lakukan.

Maknanya, Najib sendiri silap bila menyebut rakyat kita berpecah. Mana ada ! ? Rakyat kita bersatu ….. terimakasih kepada Najib !

Selayaknya Najib diberi gelaran Bapa Perpaduan Malaysia !

Betuuuul….. tak payah buat muka pelik macam tu lah …. terima sajalah hakikat ini. Tak perlu nak merendah diri.

Teruskanlah memimpin Umno dan kerajaan sehingga PRU14. Teruskanlah mengelak dari perlu tampil menjawab isu2 1MDB dan RM2.6 bil. Teruskanlah menekan rakyat ….

Oya, teruskanlah juga menyokong secara senyap di belakang Geng Baju Merah. Dalam rakyat mahu bersatu tanpa mengira kaum, geng baju merah pula yang sibuk memainkan isu perkauman. Semua itu akan hanya menguatkan lagi semangat perpaduan rakyat untuk bersatu hati menentang Najib.

Rakyat akan tunjukkan perpaduan mereka pada PRU14 nanti. TerimaKasih Najib !

–¬†http://dinturtle.blogspot.com/

.