TEMPAT DAH DAPAT, TAPI BAGAIMANA DENGAN UMNO – HADIR ATAU TIDAK?

Hanya beberapa hari saja lagi, himpunan besar-besaran anjuran Pas berhubung Akta 355 akan diadakan. Perhimpunan pada 18 Februari itu sudah diberi kelulusan oleh DBKL untuk diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Bermakna, Pas sudah memperolehi tempat yang dirasakan sesuai untuk berhimpun, meskipun rancangan asal mahu mengadakannya di Dataran Merdeka tidak membuahkan kejayaan.
Cuma, dalam tempoh 10 hari lagi sebelum perhimpunan itu diadakan, bagaimana dengan pendirian UMNO mengenai acara tersebut?
Adakah UMNO akan turut hadir berhimpun bersama-sama dengan Pas atau membiarkan saja Pas berkumpul bersendirian sesama mereka?
Dalam mesyuarat MT UMNO 27 Januari lalu, Najib Razak ada mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang memperhalusi dari segi undang-undang berkaitan Akta 355 itu sebelum memutuskan sama ada akan hadir atau sebaliknya.
Sudahkah kajian itu diperolehi hasilnya dan bila pula kata putusnya akan diumumkan?
Adakah ia akan diumumkan sebelum 18 Februari atau selepasnya?
Janganlah sampai Pas berasa kecewa kerana mereka sudah dua kali hadir dalam program bersama UMNO dan Najib iaitu Solidariti Rohingya di Stadium Titiwangsa dan pelancaran flotila ke Rohingya di Pelabuhan Kelang, baru-baru ini.

Nampak sungguh tidak berbudi bahasa jika  UMNO tak boleh membalas kebaikan Pas itu dengan hadir sekali di Padang Merbok 18 Februari nanti.

– SH

.