TARIQ RAMADAN DITAHAN POLIS DAKWAAN ROGOL

Ahli akademik warga Switzerland Tariq Ramadan yang didakwa melakukan serangan seksual ditahan oleh polis Perancis hari ini.

Menurut laporan Reuters yang memetik sumber kehakiman, siasatan awal dibuka selepas dua laporan difailkan terhadap sarjana Islam terkenal dan profesor Pengajian Islam Kontemporari di Universiti oxford itu.

Menurut laporan itu lagi, berikutan dakwaan itu, Ramadan mengambil cuti pada November itu selepas dua wanita membuat laporan berhubung dakwaan itu di Perancis.

Tariq, 56 tahun, sebelum ini bertegas menafikan dakwaan tersebut dan telah memfailkan laporan fitnah terhadap penulis Henda Ayari, salah seorang wanita yang menuduhnya.

Ramadan adalah cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan al-Banna dan seorang pemikir Islam terkenal yang telah menerbitkan sejumlah buku, kebanyakannya berkisar tentang hubungan Islam dan barat.

– M’kini

.