TAPAK PROJEK NFC DIHUNI SEMAK SAMUN

KETIKA mereka yang mendedahkan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) akan dipenjarakan, tapak projek pembiakkan lembu yang hebat terbiar dipenuhi rumput liar.

Tiada lembu dan pekerja ditemui di tapak NFC seluas 600 hektar di Gemas, Negeri Sembilan, di mana dana berjumlah RM250 juta lesap dalam projek yang dibiarkan mereput begitu sahaja.

Tiada siapa didapati bersalah atas kegagalan projek itu. Tetapi pada 7 Februari, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, yang mendedahkan kegagalan NFC, dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana mendedahkan dokumen bank berkaitan projek itu.

Lawatan The Malaysian Insight baru-baru ini mendapati dua bangunan terbiar dan sebuah pondok pengawal usang di hujung jalan tanah beberapa kilometer dari jalan Gemas-Tampin.

Ia adalah perjalanan singkat dari salah sebuah kem tentera paling moden di negara ini, Kem Syed Sirajuddin di sepanjang jalan Gemas-Tampin.

Melewati gerbang ikonik yang pernah tertulis “Pusat Fidlot Nasional”, jalan berdebu membawa kepada penemuan pintu pagar berkunci, di luar bangunan itu terletak.

Satu-satunya tanda kehidupan adalah rumput yang ditumbuhi dan deretan jangkrik yang mantap.

Seorang pekerja di ladang kelapa sawit berhampiran berkata, tempat itu tidak didiami sejak empat tahun lalu.

“Anda boleh melihat bangunan besar di mana salah satu daripadanya digunakan sebagai tempat untuk para pekerja. Papan tanda itu tidak begitu jelas jadi berhati-hati dengan tangki air,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Tiada siapa tinggal di sana, tiada ternakan, tiada pekerja,” kata lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan.

Dia tidak pasti ke mana perginya pekerja dan lembu di situ.

Lembu dan kondominium

Fidlot itu mensasarkan untuk membiakkan 8,000 ekor lembu menjelang 2010 tetapi pusat bernilai RM74 juta di Gemas hanya membiak 3,289 ekor lembu, atau 41% daripada sasaran, menurut laporan Ketua Audit Negara.

Projek itu sepatutnya memperkukuhkan bekalan makanan negara dan menurunkan import daging lembu.

Fidlot itu dikendalikan oleh NFC Corp, yang diketuai oleh Dr Mohamed Salleh Ismail, suami Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

Syarikat itu juga menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta daripada kerajaan semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Bangunan yang dahulunya digunakan sebagai rumah pekerja kini terbiar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 Februari, 2018.
Bangunan yang dahulunya digunakan sebagai rumah pekerja kini terbiar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 Februari, 2018.

Pada 2011, Rafizi mendedahkan pembelian unit kondominium mewah oleh syarikat penternakan nasional itu.

Salleh didakwa dengan empat tuduhan menyalahgunakan sejumlah RM49.7 juta daripada NFC pada tahun yang sama, tetapi kemudian dibebaskan daripada semua tuduhan.

Pada November 2016, Rafizi kalah saman fitnah dan diperintahkan membayar ganti rugi kepada Salleh dan NFC sebanyak RM200,000 kerana mendakwa pinjaman bank yang diambil oleh syarikat itu digunakan untuk membeli sebuah kondominium.

Pada Februari7, Rafizi dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad pada Rabu didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mereka didapati melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) apabila membocorkan maklumat akaun yang berkaitan dengan NFC.

Selepas skandal itu menjadi tajuk utama negara, NFC Corp mengumumkan pada awal 2013 yang Kirimitonas Agro Sdn Bhd akan mengambilalih projek itu, termasuk liabiliti seperti RM250 juta daripada kerajaan.

Kirimitonas Agro adalah syarikat usaha sama antara Otoshitos Sdn Bhd dan Hannan Food Co. Hannan adalah pengendali lembu kedua terbesar di Jepun yang mengkhususkan dalam pengeluaran daging lembu “waghyu”.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis Parlimen pada 2013, Perdana Menteri Najib Razak pada 2013 berkata perjanjian itu dibatalkan kerana kerajaan dan Kirimitonas gagal mencapai persetujuan.

Kirimitonas masih wujud dan pengarahnya adalah dua warga lelaki, dan rakyat Malaysia Nik Mod Amin dan Za’ba Hasrin.

Penyata kewangan terakhir syarikat yang difailkan adalah pada 2016, menurut semakan dengan Suruhanjaya Syarikat.

The Malaysian Insight cuba menghubungi Nik Mod, yang kini berada di luar negara.

Mengikut kenyataan media masa lalu, kerajaan Negeri Sembilan berkata ia sedang dalam proses mengambil balik tanah yang dipajaknya kepada NFC.

Pada 2014, Menteri Besar Mohamad Hasan memberitahu sidang dewan undangan negeri yang tapak seluas 607.5 hektar itu dipajak ke NFC pada 2007 melalui Menteri Besar Incorporated (MBI).

Mohamad, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri untuk Rantau, berkata kerajaan negeri merancang untuk menempatkan 10 pembiak lembu dan kambing di ladang, yang akan berkongsi dan menguruskan kemudahan yang ada di situ.

Bagaimanapun, lawatan The Malaysian Insight tidak menemui bukti wujudnya sebarang aktiviti.

– https://www.themalaysianinsight.com

.