TAPAK BINAAN MRT MELETUP, DUA PEKERJA PUTUS KAKI

KUALA LUMPUR – Tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dipercayai akibat letupan di tapak pembinaan stesen transit aliran massa (MRT) di Bandar Malaysia, petang tadi.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian yang berlaku pada 5 petang itu menyebabkan dua daripada mereka putus kaki.

Seorang lagi pekerja, cedera di tangan serta kaki. Ketiga-tiga pekerja berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Beliau berkata seramai 25 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari balai bomba dan penyelamat Hang Tuah, Pudu dan Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati sepasukan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM masih berada di lokasi untuk menyiasat punca kejadian.

— Bernama

.