TANDA MB PAHANG LEBIH TIDAK SIHAT

KUANTAN 26 MAY 2015. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang. NSTP/Farizul Hafiz Awang
Untuk membuktikan dirinya  sihat, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mencipta rekod yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin iaitu menanggalkan kasut, mengangkat kaki ke muka dan kemudian meletakkan pen di celah-celah jari kakinya.
Melakukan aksi tersebut sambil duduk di persidsngan Dewan Undangan Negeri Pahang,  Adnan yang sudah 18 tahun menjadi Menteri Besar dan 30 tahun sebagai ADUN, turut bertanya jika ada mana-mana wakil rakyat lain boleh melakukan aksi sepertinya.
Perlakuan Adnan ini bukan saja janggal dan pelik dalam konteks Malaysia, malah juga tidak pernah dilakukan olen mana-mana pemimpin lain di dunia ini.
Untuk apa Adnan mempamerkan aksi sedemikian untuk membuktikan dirinya benar-benar  sihat?
Apakah tidak ada cara lain lagi untuk memperlihatkan kesihatan dan segar tubuh badannya?
Pemimpin yang sihat tubuh badan dan tiada gangguan kejiwaan, pasti tidak sanggup berbuat aksi seperti itu. Budak-budak sekolah rendah yang nakal juga belum tentu sampai ke tahap itu perlakuannya.
Dalam hal ini, mungkin Adnan kelihatan sihat dari segi fizikal, tetapi dalamannya jelas ada masalah.
Merujuk aksinya itu, Adnan berkata ia sebagai membuktikan dirinya benar-benar sihat dan untuk menepis dakwaan yang tersebar mengenai masalah kesihatannya.
Dengan perlakuan sedemikian, beliau secara langsung telah menunjukkan kepada umum ketidaklayakannya untuk terus menjadi pemimpin.
Rakyat dan pengundi Pahang, dengan yang demikian, punya asas yang lebih kukuh untuk menolak beliau dan kerajaan yang dipimpinnya.
– Shahbudin Husin
.