TANAH RUNTUH DI SERENDAH: 10 KERETA, GERAI MUSNAH

Seorang penunggang motosikal cedera manakala sebuah gerai dan 10 kenderaan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di Hulu Selangor awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.

Beliau berkata seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian s pada pukul 1 pagi.

“Kita sedang membuat pemeriksaan sekiranya terdapat lagi mangsa yang terperangkap, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya.

Jalan utama Taman Idaman telah ditutup.

– Bernama

.