TAN SRI SANUSI JUNID

Alhamdulillah. Allahuakbar. Saya paling gembira apabila mengetahui Tun Dr. Mahathir bersalaman erat mesra dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim waktu bertemu di mahkamah pada hari ini.

Saya kenal Anwar sejak tahun 1961 waktu di MCKK. Beliau ditingkatan satu dan saya ditingkatan 5. Berbagai pengalaman bersama dan yang bebeza telah kami berdua lalui.

Kami sama2 membina Badan Revolusi Ugama dan Maramunjangan waktu di MCKK; kemudiannya terlibat dalam penubuhan Yayasan Anda Akademik dan Percetakan, penubuhan Koperasi Shamelin Berhad dan ABIM.

Saya menyeru kepada semua kenalan, kawan dan sahabat, yang pernah berkaitan atau berhubungan dengan semua organisasi2 ini supaya mengenepikan semua perasaan, emosi dan sentimen untuk bersama-sama menentang kemungkaran yang sedang melanda negara masakini.

Sama2 kita jayakan reformasi dalam berbagai bidang demi mencari keredaan Allah swt. Kita bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk dariNYA.

Ts Sanusi Junid…

-http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.my/

.