TAMBAHAN PENGUNDI MUDA BAHAYA PADA NAJIB DAN UMNO

Ahli umno bertambah???
Kena buat kajian berapa yang keluar dan berapa yang masuk sebelum guna perkataan “tambah”
Minta ku nan tunjuk senarai yang merayu semula masuk umno, kalau tak ada, sekali lagi kaki kencing.
Anak saya empat orang belum masuk mana mana parti, pasti bukan umno, sokongan pd bersatu.

SEMALAM tersebar berita mengatakan ramai anak-anak muda yang menyerbu ke pejabat pos dan lain-lain pusat pendafaran untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana kabar angin Pilihanraya Umum telah hampir dan pendaftaran akan ditutup.

Mengenai hal ini saya membuat tweet ringkas dalam twitter saya sebagai berikut:

Kabarnya hari ini ramai anak muda berebut daftar sebagai pengundi. Berita ini tidak baik bagi UMNO kerana majoriti pengundi muda adalah anti Najib.

Saya agak terkejut kerana dalam masa sekelip mata impressions kepada tweet ini ini telah meningkat kepada ribuan. Adakah ini menunjukan perasaan simpati pada Najib atau Anti Najib?

Bagaimanapun apa yang saya perhatikan setiap kali tulisan saya yang menampakan kritikal terhadap Najib mendapat reaksi pantas dan bagitu banyak sambutan.
Apakah arti semua ini?

Bagi saya demi untuk keselamatan masa depan UMNO,Datuk Seri Najib mestilah menerima hakikat sebenar dari sekarang dan keluar dari alam khyalannya,hadapilah realiti dengan berani , bukan sahaja anak muda yang tidak menyokong UMNO sekarang tetapi banyak veteran UMNO juga telah tidak percaya lagi kepada UMNO dan mencari borang BERSATU.

Penambahan ahli UMNO tidak berarti akan bertambahnya undi kepada UMNO dalam Pilihanraya UMUM akan datang.Kenyataan Najib dalam hal ini adalah syok sendiri

– http://zamkata.blogspot.my/