TAK TIMBUL SOAL KERUSI PAS ATAU AMANAH – MAT SABU

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan Pas yang sesiapa jua boleh bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Tidak timbul istilah kerusi Pas, Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika menyanggah kenyataan demikian berkata, apabila Parlimen dibubar, Pas perlu tahu yang tidak ada pihak mempunyai hak mutlak ke atas mana-mana kerusi.

Oleh itu, katanya, rakan pembangkang dalam Pakatan Harapan bebas bertanding di mana-mana kerusi berdasarkan persetujuan tersebut.

“Siapa pun boleh bertanding (di mana-mana kerusi), termasuk kerusi di Pekan (milik Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Amanah tetap bertanding di mana-mana kerusi berdasarkan persetujuan yang diputuskan dalam Pakatan Harapan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Strategi pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN hanya dapat dicapai jika kerusi Pas tidak diusik, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, parti pembangkang lain boleh berbincang untuk bertanding di kerusi-kerusi lain.

– http://www.sinarharian.com.my/

.