TAK PAYAHLAH ADA GST, KATA PAK NIL PADA PM

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi bertanyakan soalan berkenaan kos sara hidup kepada Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah pertemuan empat mata.

Dalam sebuah posting di Instagram hari ini, Aznil Nawawi memuat naik gambar beliau bertemu perdana menteri di Dewan Tunku Ismail di PWTC, Kuala Lumpur.

Aznil berkongsi soalan beliau kepada perdana menteri di Instagram.

“Kenapa harga minyak banyak naik dari turun?” Tanya Aznil yang juga mesra digelar Pak Nil itu.

“Tak payahlah ada GST ni,” tulis beliau.

“Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar Datuk Seri. Macam mana ni?” soal Aznil lagi.

Aznil juga bertanya soalan berkenaan Rumah Mampu Milik.

“Kos sara hidup makin tinggi ni Datuk Seri.

“Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?” soalnya lagi.

Bagi mengetahui jawapan itu, Aznil berkata mereka yang berminat perlu menonton program baru bual bicaranya.

“Banyak lagi #paknil timbulkan bila berdepan 4 mata dengan PM.

Korang kena tonton program #Bicara4Mata akan datang,” tulis Aznil.

Terima kasih, kata Dr M

Sementara itu, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di Twitter mengulas soalan Aznil dan pertemuan dengan perdana menteri itu.

“Terima kasih Aznil. Setiap hari saya terima rungutan yang sama dari rakyat Malaysia, dulu tidak pernah seteruk ini.

“Rakyat Malaysia dahagakan kebenaran. Saya nantikan jawapan dari @NajibRazak,” tulis Pengerusi HARAPAN itu.

– M’kini

.