TAHNIAH BAJU MERAH! ANDALAH WIRA UMNO

Baju merah dibawah Jamal Ikan Bakar mengganas lagi sambil memberi bayangan apakah bentuknya Malaysia ditahun-tahun akan datang jika anda tidak mengubahnya.

Malaysia akan jadi negara mundur, terbahagi kepada kumpulan samseng dan rakyat seperti anda dan saya.

Kumpulan samseng akan bermaharajalela, memukul siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.

Hidup harmoni antara kaum yang kita pelihara selama ini dan yang amat penting untuk kesinambungan Malaysia ini akan hancur. Kumpulan merah ini hampir semuanya Melayu dan anda cuma perlu dengar maki-hamun rasis mereka untuk mengetahui apa yang akan berlaku jika parti penaung mereka itu terus berkuasa.

Negara akan mundur kerana tidak ada satu pun masyarakat samseng didunia ini yang pedulikan kemajuan. Asal mereka kaya, orang lain boleh pergi jahanam.

Inikah yang anda mahu? Masa depan beginikah yang anda mahu? Fikir lah masak-masak.

Jika anda tidak mahu masa depan yang saya bayangkan tadi, anda cuma perlu buat satu perkara — tolak parti pemerintah di pilihanraya yang akan datang.

Copypaste dari FB Mustapha Kamil

Itulah dia UMNO NAJIB.

Pasukan baju merah yang diwujudkan tahun lepas dengan restu dan sokongan Najib … Mengikut khabar angin, Baju Merah ini dibawa berbincang dengan parti2 BN yang lain, mendapat bantahan dari parti bukan Melayu BN tapi diredah juga oleh Najib. Nah …… sekarang rakyat Malaysia boleh saksikan sendiri –  itulah dia wajah Umno Najib.

Wajah disebalik topeng Wassatiyah atau Kesederhanaan yang dipakai oleh Najib. Semuanya lakonan jer …. Takdernya Wassatiyah di sebalik nilai songlapan 1MDB … Ekstrim hingga pecah rekod dunia !

Takder Wassatiyah nya nilai derma yang direka oleh Najib  … Ekstrim hingga pecah rekod derma dunia peradaban manusia sejagat !

Dan kini rakyat Malaysia dipertontonkan nilai Wassatiyah Umno Najib yang dibawa oleh askar2 baju merah Umno ….

TAHNIAH Baju Merah !  Anda memang layak sebagai Wira Umno !

PS – Pihak Polis diharap ambil tindakan sewajarnya mengikut undang2 negara ya. Tak perlu tweet pun ok …

– http://dinturtle.blogspot.com/

.