SYED SADDIQ SI HANG NADIM NEGARA

Sidang akhbar Ketua Pemuda PBBM (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (foto) hari ini yang mendedahkan macam mana beliau disogok RM5 juta serta ancaman agar meninggalkan parti PPBM suatu peristiwa yang membanggakan kita.

Penolakan Syed Saddiq dengan sogokan itu serta tidak gentar dengan ancaman memberi tahu kepada kita bahawa masih ada anak muda berintegriti sepertinya.

Selain disogok wang Syed Saddiq juga mendedahkan ada ugutan oleh pihak tertentu untuk mendedahkan masalah peribadi keluarganya. Beliau mendakwakan perkara itu dilakukan oleh suatu konspirator bersistemetik.

Namun beliau tidak mengendahkan itu sebaliknya mencabar sekiranya keluarganya diganggu beliau akan bertindak balas dengan mendedahkan individu bertanggungjawab.

Syabas untuk Syed Saddiq.

Kalau kita mempunyai banyak anak muda seperti ini pasti Malaysia di masa depan akan selamat. Kedurjanaan jenayah rasuah, sogokan, politik ugut yang sangat keji seperti itu akan berkurangan. Negara sangat bergantung kepada anak muda berakhlak seperti Syed Saddiq yang mewarisi kegemilangan tokoh legenda Hang Nadim.

Jika sebelum ini kita teruja dengan cara politik Mohd Rafizi Ramli dan keberaniannya tanpa menghiraukan nasib badan, kini kita bakal memiliki seorang lagi wira sepertinya. Belang ditunjuk Syed Saddiq ini tampak akan mengikut jejak langkah Rafizi. Kalau ini sampai ke akhirnya, maka benar apa kata Suharto, berikan aku 10 lelaki perkasa aku akan goncang dunia ini.

Malaysia yang diperintah Najib ini hanya akan bisa digoncangkan oleh anak-anak muda profesional, bukannya golongan lebai kelarah dan ustaz juz amma.

Di sini bukan untuk saya meletakkan Syed Saddiq teranggun dewasa ini. Tetapi apabila kita membandingkan beliau dengan beberapa anak muda seusianya bahkan lebih berumur darinya  sebelum ini, tidak syak untuk kita mengangkat Syed Saddiq sebagai wira dan pejuang kerana bangsa.

Sebelum ini berapa ramai anak muda tewas sebelum pun ombak dilautan juang mendebur kerana kerana dihulurkan wang ringgit. Tidak pun sampai jumlah jutaan ringgit, hanya ribuan sahaja mereka sudah rebah dan lemas untuk bertukar arah menjadi harimau serkas yang kelaparan.

Perkara ini boleh diperhatikan kepada anak-anak muda yang menjulang tangan mengangkat melafaz sumpah keramat Pemuda di era Reformasi dahulu, apa jadi dengan mereka. Sebahagian besar rebah dan lelah dijalanan kerana terpedaya dengan sogokan. Setengahnya bukan pun dapat apa-apa tetapi cukup hanya menelan janji. Sang ketuanya hari ini jadi semacam anjing yang kukunya terkena sebayam mencari perteduhan baharu.

Paling menyedihkan lagi ada anak muda berkopiah yang menukar prinsip parti dan sedia menjadi gunting dalam lipatan, atau jurucakap musuh hanya kerana mendapat ehsan dari seorang jutawan menukar keempat-empat buah tayar kereta pancuan empat rodanya. (Ini rahsia).

Semoga Syed Saddiq tidak jadi seperti pemuda sumpah keramat itu atau pun pemuda berkopiah berbalutkan serban buatan Cina berkenaan. Biarlah beliau jadi seperti Rafizi Ramli yang sanggup menjadi lilin membakar diri untuk kecerahan bangsa dan negara.

Sekali lagi syabas, dan PBBM bertuah kerana memiliki pemuda bersemangat dan beketrampilan Hang Nadim seperti Syed Saddiq.

– http://msomelayu.blogspot.my

..