SYED SADDIQ JAWAB TUDUHAN BULAN MADU DENGAN ANAK MB

SHAH ALAM – Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyangkal tuduhan yang mengaitkan beliau dengan anak Menteri Besar Selangor, Mira Azmin berbulan madu di Eropah.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Syed Saddiq berkata dakwaan tersebut merupakan ‘satu cerita jenaka’.

“Ini perkara paling lucu pernah saya baca. Mira Azmin dah terang terang di Penang-Selangor dan tak pernah jejak kaki di UK/Perancis bersama dengan saya,” jelasnya.

Katanya, sekiranya ada bukti sahih beliau bermadu dengan Mira Azmin sekarang ini, beliau bersumpah akan beri segala harta kepunyaannya kepada si pemfitnah.

Syed Saddiq berkata, beliau ke Perancis untuk membentangkan ‘research work’ beliau on “Thailand Post-Shinawat” & “The state of Political Islam in the middle east”.

“Pada masa yang sama, saya di Oxford Universiti sebagai hakim jemputan untuk pertandingan debat di sini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau diberikan peluang untuk menghakimi Grand Final of the prestigious Oxford IV.

“Saya juga mengendalikan dua workshop & adakan pertemuan dengan x4 Malaysian societies,” katanya.

– http://www.sinarharian.com.my

.