SYED SADDIQ: ‘INI RESPONS BERSATU MENGENAI HIMPUNAN 335’

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), belum memuktamadkan keputusan berhubung kehadiran parti itu dalam Himpunan Akta 355.

Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat parti.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang,” demikian respons ringkas beliau kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Bersatu akan turut bersama dalam Himpunan anjuran Pas itu.

Himpunan itu akan diadakan pada 18 Februari ini di Dataran Merdeka.

Sebelum ini, Sinar Online, melaporkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik sebagai berkata Himpunan ini diadakan bertujuan untuk memperteguh komitmen, kekuatan mental, fizikal dan spiritual rakyat terhadap usaha memartabatkan syariat Islam.

“Ia juga bertujuan mendidik rakyat ke arah memahami dan menghormati hak mengamalkan agama sebagaimana yang dijamin Perlembagaan,” katanya lagi.

– Sinar Harian

.