SYABAS RAKYAT SARAWAK

Kunjungan pertama Tun Mahathir Mohamad ke Sarawak atas kapasiti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan bukan saja tidak mengecewakan, malah sangat-sangat memberangsangkan sambutannya.

Ribu-ribuan yang hadir membuktikan pengundi Sarawak nyata terbuka kepada perubahan dan sedia bersama penduduk Semenanjung dalam menunjukkan kematangan bagi menyelamatkan negara yang sama-sama disayangi ini.

Gambar-gambar di bawah ini bukan palsu atau rekaan, sebaliknya adalah saksi kejadian yang memperlihatkan sinar baru bakal melimpahkan cahayanya buat kita semua.

Tahniah dan syabas kepada rakyat Sarawak – terus, terus dan terus kita bersama menuju kejayaan demi Malaysia seluruhnya.

Lenakah tidur Najib Razak malam ini? (ShahbudinHusin 25/09/2017)

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.