SURAT TUNTUTAN PAS SATU ‘POLITICAL GESTURE’, KATA EDITOR S’WAK REPORT

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkata surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satu ‘political gesture’.

Surat itu, yang disampaikan kepadanya di alamatnya di London pada hari Selasa, dilaporkan berhubung dakwaannya bahawa parti Islam itu kononnya menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya menganggap tindakan mereka itu sebagai satu ‘political gesture’ dan satu penyalahgunaan protokol yang mereka mahu eksploitasi,” kata Rewcastle-Brown kepada Malaysiakini dalam emel malam tadi.

Beliau juga berkata tiada prosiding mahkamah yang telah dimulakan.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata┬ánotis tuntutan “Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation” itu menyenaraikan tiga tuntutan terhadap portal berita terbabit.

Ia menuntut Sarawak Report membuang artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta dari perdana menteri Malaysia dan membuat permohonan maaf mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh PAS.

Ia juga meminta laman web pemberi maklumat itu memberikan jaminan untuk tidak menyiarkan dakwaan yang sama pada masa akan datang.
PAS telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rewcastle-Brown di UK.

– M’kini

.