SURAT SAMAN MUKHRIZ BELUM SAMPAI

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa bahawa surat saman Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepadanya masih belum tiba.

Sambil berseloroh, beliau merasakan kerana sistem pos di Malaysia ini mungkin yang menjadi punca surat saman tersebut lewat tiba.

“Saya masih belum terima surat saman itu, tetapi anda semua tahulah bagaimana sistem pos di negara kita ini.

“Bagaimanapun, saya masih menunggu dan jangkakan ia akan tiba cuma tidak tahu bila,” katanya ketika sidang media hari ini.

Sebelum ini, Mukhriz mencabar Tunku Abdul Aziz supaya mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehinya berhubung dakwaannya mengenai pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 nanti.

Sekiranya, Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian maka beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman berhubung dakwaan fitnah tersebut.

Tambahnya lagi, beliau juga tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada peguam Muhkriz berhubung perkara itu.

“Hanya panggilan daripada media sahaja yangs saya terima, orang lain tidak ada,” katanya lagi.

– Sinar Harian

.