Surat PMO Pertemuan Tun Mahathir-Agong: Tun Kena Beri Penjelasan

Terkejut tadi bila saya terima msg dari rakan2 berita dari astroawani yang memaparkan surat dari PMO ini –

Mengejutkan …..Tun Mahathir kena beri penjelasan dengan segera !

Kenapa Tun Mahathir tubuhkan sebuah parti baru bernama Parti Pribumi Perkasa Malaysia secara senyap2 ? ? ?

Bila masanya Tun Mahathir tubuhkan parti baru itu ? Adakah sebelum atau selepas penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ? Apakah ada kaitan dengan Perkasa ? Atau Tun buka parti baru khas untuk Perkasa ?

PBBM tu pulak parti mana ?  Okaylah, yang ini mungkin typo tapi tak mungkin perkataan Perkasa juga typo ? Jauh tu Perkasa dengan Bersatu !

Datangnya pula dari Pejabat Perdana Menteri …. MUSTAHIL PMO boleh keluarkan surat yang penuh dengan kesalahan fakta… BANGANG ke apa PMO ?


PS – Baru sat saya cek dengan Astro, rupanya laman yang ada surat itu dah dipadamkan. Hehehehe …. ni macai bangang mana punya kerja ni boleh buat kesilapan2 bodoh macam tu ? Boleh main ubah2 pulak ….

Buat orang terkejut jer ingatkan Tun Mahathir buat satu lagi parti baru !