SULTAN JOHOR TUKAR GELARAN KEPADA ‘HIS MAJESTY’

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menukar gelaran bahasa Inggerisnya daripada his royal highness kepada his majesty.

Pertukaran itu dibuat dengan keistimewaan dan kuasa baginda bawah bahagian kedua fasal 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Jumaah Majlis Diraja Johor mengumumkan perkara itu dalam percanangannya hari ini.

Sultan Ibrahim juga berkenan permaisuri Johor dibahasakan sebagai her majesty.

“Gelaran dalam bahasa Melayu Duli Yang Maha Mulia bagi tuanku dan tuanku permaisuri adalah dikekalkan,” menurut percanangan itu.

Percanangan itu ditandatangani oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

– M’kini

.