SUKAR BAGI MCA DAPAT 15 KERUSI PARLIMEN, KATA PENGANALISIS

WALAUPUN tidak ada isyarat jelas akan wujud reaksi tindak balas terhadap kerajaan dan ramalan positif tentangnya, mampukah MCA dapat kembali kerusinya yang hilang sepanjang tempoh dua pilihan raya umum (PRU) lalu?

Parti itu meletakkan harapan tinggi untuk tawan 15 kerusi pada PRU14 tetapi penganalisis politik Profesor Phoon Wing Keong berkata ia mungkin menang sedikit, tetapi tidak akan mencapai sasaran.

Phoon berkata Dr Mahathir Mohamad boleh mencacatkan apa juga rancangan MCA jika calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) itu berjaya mencipta tsunami Melayu.

“Walaupun jika ‘tsunami’ itu hanya kecil, ia boleh menjejaskan kelebihan potensi yang mungkin MCA peroleh daripada pengundi Cina yang beralih kembali kepada parti itu,  ” katanya kepada The Malaysian Insight.

Selepas Dr Mahathir diumumkan jadi calon PM pembangkang, kempen #UndiRosak bermula.

Phoon berkata ia perkembangan yang penting kerana ramai menganggap kempen itu diketuai oleh mereka yang tidak suka dengan pembangkang.

Jika kempen undi rosak itu berjaya, kedua-duanya Barisan Nasional (BN) dan MCA akan beroleh keuntungan.

Beliau berkata menurut kaji selidik terkini, 70% pengundi Cina masih bersama pembangkang.

Phoon berkata MCA berharap lebih ramai pengundi Cina akan merosakkan undi, kerana lebih banyak undi rosak bermakna semakin sedikit undi untuk pembangkang.

“Jika kempen undi rosak itu benar-benar berjalan, jumlah pengundi Cina akan turun. Ini sudah tentu memberi kelebihan kepada BN dan MCA,” katanya.

Selain kempen undi rosak itu, MCA juga berharap undi Cina akan kembali kepada BN.

Ketika PRU14 semakin hampir, parti itu berusaha untuk mengembalikan pencapaiannya dengan berkhidmat kepada masyarakat.

Phoon berkata sepanjang dua PRU lalu, calon parti pembangkang menang tetapi kebanyakannya didapati tidak berkhidmat dengan cemerlang.

Pengundi di Perlis dan Johor mendapati wakil rakyat pembangkang yang dipilih tidak bekerja untuk akar umbi seperti pemimpin MCA terdahulu, dan isu itu terus menjadi subjek perbincangan masyarakat sejak beberapa tahun terakhir ini.

Tsunami Melayu rencatkan peluang MCA

Melihat kepada dua kelebihan MCA iaitu undi rosak dan pengundi kembali pada BN, pembangkang nampaknya perlu bergantung kepada kemampuan Dr Mahathir menggerakkan akar umbi Melayu untuk memilih perjuangan PH.

“Saya percaya Dr Mahathir akan dapat merampas undi daripada Umno. Ini termasuk generasi lebih tua dan Melayu dari kawasan luar bandar yang tidak berpuas hati dengan Umno kerana kenaikan kos sara hidup dan GST. Karisma Dr Mahathir juga memenangi hati orang muda,” katanya.

Tetapi berapa banyak pengundi Melayu yang akan beralih untuk mencipta tsunami?

– https://www.themalaysianinsight.com

.