SUDAH TERLEWAT UNTUK ANWAR, KATA ZAHID

TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah terlambat bagi Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan untuk memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan sekiranya beliau dibebaskan awal, lapor The New Straits Times hari ini.

Zahid berkata jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan sebelum pembebasan Anwar, pemimpin pembangkang itu mungkin menemui kesukaran mendapatkan jawatan dalam kerajaan.

Pembebasan Anwar pada 11 Jun adalah provisional (sementara), kata Zahid.

“Sesuatu tempoh hukuman mesti dihormati semua, (tetapi) saya berpendapat, tarikh (pembebasan Anwar) yang diumumkan (pada Sabtu) adalah tarikh jangkaan,” Zahid dipetik berkata selepas menghadiri acara amal di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Wan Azizah Wan Ismalil semalam mengumumkan Anwar bakal dibebaskan pada 11 Jun.

“Hari ini adalah hari ke 1,062 Anwar menajdi tahanan politik. Jika undang-undang membenarkan, beliau akan dibebaskan pada 11 Jun,” Kata Presiden Pakatan Harapan itu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.