Sudah tentu Mahathir bukan Lee Kuan Yew

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan dirinya sama dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Jadi, beliau mahukan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyamai Lee Hsien Loong. Malangnya, Mahathir bukan Lee Kuan Yew, dan Mukhriz sangat berbeza daripada Hsien Loong, dan ini yang terjadi apabila terlebih menilai diri sendiri dan anak anda hingga tidak berpijak di bumi nyata.
Itu kupasan oleh Raja Petra Kamarudin mengenai senario yang dialami oleh Dr. Mahathir, Raja Petra membuat perbandingan antara Dr Mahathir dan Kuan Yew — dan juga antara Mukhriz dengan Goh Chok Tong/ Hsien Loong.

Perbandingan itu termasuk latar belakang akademik Perdana Menteri Singapura itu yang turut terlibat dalam ketenteraan sebelum menyertai politik pada 1984 pada usia 32 tahun.

Mukhriz pula hanya lima tahun dilatih itu pun sebagai timbalan menteri dan pada 2013 Mahathir cuba menonjolkannya sebagai bakal Perdana Menteri – yang mana Mukhriz telah bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013, iaitu selangkah sebelum menjadi Timbalan Presiden kemudiannya Presiden yang juga Perdana Menteri pada tahun 2020.

Ikuti terjemahan di dalam bahasa Malaysia kupasan Raja Petra di sini http://www.pru14.tv/2016/10/03/yang-pasti-mahathir-bukanlah-lee-kuan-yew/

Pautan asal di dalam bahasa Inggeris http://www.malaysia-today.net/for-sure-mahathir-is-no-kuan-yew/
– UTUSAN

.