SUDAH-SUDAHLAH TU JAMAL!

SELEPAS satu demi satu ‘drama’ melibatkan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, rakyat Malaysia nampaknya sudah naik muak dengan sikap pemimpin NGO itu.

Seorang pengguna laman Facebook, Anthony Empaga meminta Jamal supaya ada rasa malu dengan dirinya sendiri.

“Malulah sikit Jamal, satu Malaysia tengok perangai tidak senonoh kau itu,” tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Qaseh Amanda berpendapat, tindakan Jamal itu memperlihatkan beliau seorang yang sangat taksub dalam berpolitik.

“Makin lama makin merepek pula Jamal ini, taksub sangat berpolitik, jangan risau nanti kau juga akan masuk ke dalam keranda itu,” tulisnya pula.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rombongan’ van jenazah Jamal bertukar kecoh]

Bagi Rokisham Yaakob pula, dia merasakan tidak perlu Jamal melakukan demonstrasi bagi menyatakan protes.

“Tak payah nak demo dengan keranda sangatlah Jamal, biarlah kita muhasabah diri dahulu dengan Tuhan, nak lawan dengan bangsa sendiri pun tiada gunanya.

“Lagi satu, jangan takutkan orang bukan Islam terhadap agama kita, zaman nabi dulu pun tidak begini caranya,” tulisnya lagi.

Pengguna Facebook, Riuh Rendah mendakwa ada baiknya jika melakukan perubahan menjelang PRU14 kelak.

“Tidak ada faedah buat begini, kalau tak puas hati tunggu PRU14,” tulisnya.

Hazif Azaman pula berkata, “ingat dia nak berhenti ke buat perkara macam ini? lagi kita kecam, lagi dibuatnya. Mungkin lepas ini lagi teruk.

“Orang macam ini lebih baik disuruh buat macam ini dan bagi cadangan apa lagi perkara pelik dia boleh buat,” tulisnya pula.

Semalam Jamal sekali lagi membuat kecoh dengan bertindak memandu van jenazah dan mengusung keranda di pekarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Kehadiran Jamal bersama ‘rombongan’ 15 van jenazah itu bagi menyatakan bantahan dakwaan kononnya berlaku penyalahgunaan dana untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.

– sinar harian

.