SPRM TIBA DI MENARA FELDA

KUALA LUMPUR – 14 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Menara Felda jam 10 pagi tadi.

Kehadiran pegawai terbabit dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Difahamkan, pasukan SPRM itu mahu mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad yang ditempatkan di tingkat 45 bangunan terbabit dan dijangka selesai pada pukul 3 petang.

Semalam, Zakaria tampil di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV untuk memberi keterangan.

Zakaria semalam menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatannya selagi tidak didapati bersalah.

Pada Selasa lalu, Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak  syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.

FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri(JPM), Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak ketiga bagi menyelesaikan isu di Felda Global Ventures (FGV).

– SH

.