SPRM Siasat ‘Datuk Seri’, Ambil Keterangan Kakitangan Kementerian Pelancongan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan empat kakitangan Kementerian Pelancongan berhubung siasatan terhadap seorang ‘Datuk Seri’ daripada kementerian itu yang dipercayai terlibat salah guna kuasa.

Menurut sumber, SPRM telah melakukan penggeledahan di pejabat kementerian berkenaan sejak Selasa lepas untuk mengumpul bukti.

SPRM juga telah mengambil keterangan daripada seorang setiausaha sebuah syarikat pelancongan berkaitan siasatan kes berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” kata sumber itu.
Siasatan dimulakan sejurus SPRM mendapat maklumat berhubung dakwaan salah guna kuasa ‘Datuk Seri’ berkenaan daripada orang awam. – Bernama

.