SPRM PANGGIL AZWAN ALI, DAKWA AHLI KELUARGA RASUAH

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil selebriti Azwan Ali berhubung dakwaan rasuah keluarganya.

Timbalan ketua pesuruhjaya SRPM Datuk Azam Baki berkata keterangan Azwan  direkodkan di ibu pejabat 10 pagi esok di Putrajaya, lapor Utusan Malaysia.

“Masa dan tarikh pertemuan telah ditetapkan, jadi saya enggan mengulas perkara ini sebab saya juga tidak menerima kenyataan daripada Azwan,” katanya.

Beliau berkata siasatan itu susulan pertemuan Azwan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengenai perkara sama.

Azwan seorang adik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anak saudara mereka ditahan bersama tiga lagi suspek pada 29 November lalu berhubung melombong pasir haram di Kajang.

Suspek-suspek itu juga disyaki merasuah pegawai pihak berkuasa tempatan.

– M’kini

.