Speaker Amerika mahu Anwar dibebaskan

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Paul D Ryan hari ini menggesa pembebasan segera Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Menulis kepada hampir 900,000 pengikut Twitternya, Ryan berkata beliau menyertai desakan untuk menuntut pembebasan bekas pemimpin pembangkang yang kini meringkuk di penjara.

“Beliau adalah seorang tahanan politik dan perlu dibebaskan,” katanya.

Tweet itu buat ketika semakan mahkamah tentang sabitan kes liwat Anwar sedang didengar oleh Mahkamah Persekutuan.

Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar selepas beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Ketua Umum PKR itu yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun mendakwa pertuduhan berkenaan direkayasa oleh pesaing politiknya.

Kerajaan menafikan dakwaan berkenaan.

– M’kini

.