SOROS ANGGAP TRUMP DIKTATOR

Menjelang majlis angkat sumpah Trump di Washington, Soros berkata, bakal presiden itu bersiap sedia melancarkan perang perdagangan yang akan memberi kesan kepada Eropah dan beberapa bahagian lain di dunia.

“Bakal diktator itu, tidak menyangka beliau akan menang, beliau terkejut. Saya secara peribadi yakin beliau akan gagal kerana ideanya bercanggah dengan diri sendiri,” kata pakar kewangan kelahiran Hungary itu kepada pemimpin perniagaan dan wartawan di hotel di Davos ketika Forum Ekonomi Dunia diadakan.

Soros ialah penyokong kuat pencabar Trump daripada Demokrat pada pemilihan presiden tahun lalu, Hillary Clinton.

– AFP

.