SKANDAL 1MDB MENGANGGU KESEDARAN MORAL HUSNI

Kenyataan berupa pengakuan terkini dari bekas Menteri 1MDB, Husni Hanadzlah ini amat menarik untuk dikomen sehingga menggamit saya kembali menulis walaupun niat nak bercuti barang seketika.

Malaymailonline memetik temuramah Sinar bersama Husni. Saya tidak ketemu artikel itu di Sinaronline namun ada rakan yang mengirim snapshot beberapa perenggan dari paper itu di pasaran.

Ternyata keputusan Husni ada banyak kaitannya dengan tugas beliau sebagai Menteri 1MDB. Baca dan cuba selami ayat2 Husni itu –
.
“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.

“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”

“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?”
.

….. Petunjuk Ilahi bagi menilai di mana saya harus berada ? Dan DI MANA HUSNI KINI ? JAAAAAUUH dari 1MDB !

Kerana isu 1MDB juga menyebabkan Husni mempersoalkan –  “… bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini” dan itu dikaitkan dengan kedudukan beliau sebagai Menteri 1MDB….. tidakkah itu seperti menyatakan sesuatu tentang cara kerajaan mempertahankan skandal 1MDB ?

Siapa saja yang baca akan buat rumusan bahawa kerja mempertahankan skandal 1MDB merupakan satu kerja yang TIDAK LURUS, dan mereka yang punya kesedaran ( conscience ) moral yang tinggi akan mengalami tekanan dalaman yang tinggi dalam melaksanakan tugas kerana amanah itu berlawanan dengan prinsip kebenaran yang dipegang.

Kenapa sampai begitu sekali penangan 1MDB kepada Husni ? Bukankah semuanya mengenai 1MDB itu OK ? Bukankah 1MDB itu kebanggaan Najib dan macai serta balacinya ?  Kebanggaan Umno ?

Saya berdoa agar setiap discrepancies dalam 1MDN dapat di atasi .… ? ? Discrepancies bermaksud percanggahan . Percanggahan apa ? Antara fakta yang direkod 1MDB dengan apa ?

Begitu juga dengan SRC, saya berharap akan diselesaikan segera .… ? ?  Apa masalahnya dengan SRC ? ?

Mengenai SRC, kita hanya tahu yang AG telah mengarahkan kes duit SRC yang masuk ke akaun Najib ditutup atas alasan dangkal iaitu Najib tidak tahu yang wang itu datangnya dari SRC.

Tapi Husni merujuk kepada masalah SRC.  Ada ke pihak yang siasat SRC ?


Sebenarnya saya tidak tahu tentang penubuhan 1MDB. 1MDB ditubuhkan pada tahun 2009. Saya tidak dirujuk walaupun saya Menteri Kewangan 11. 

Ni kerja siapa yang gatal buat 1MDB hinggakan Menteri Kewangan 11 sendiri pun tak tahu apa2 ! ? Najib lah siapa lagi …. atas nasihat cina kesayangan Umno, Jho Low. Begitu BESAR sekali pengaruh Jho Low ke atas Perdana Menteri Malaysia ! Siapa Jho Low sampai diketepikan terus Menteri ? Itu kena tanya Najib ….. atau Rosmah.

Bila saya dapat tahu tentang penubuhannya, saya mempersoalkan mengapa perlu tubuh 1MDB ?

Persoalan yang SAMA juga pernah ditanya oleh Tun Mahathir ketika diwawancara oleh Sarawak Report pada 15 Januari 2015 ( KLiK )

I question the creation of 1MDB and how it is managed. They [the managers] came to see me, but they couldn’t explain how the money was raised and why the power plants were brought at such high prices and the commission that was paid to Goldman Sachs”, Mahathir elaborated

“I don’t think that it serves any purpose.  That’s my difference with the government.  I don’t think that it is necessary for us to have a fund like this.  We are doing well enough without a fund… in the first place they got the money to lend to the Saudis and they they put it in hedge funds. The government should not be gambling money in hedge funds”, Mahthir said, reiterating his main arguments against the development fund.

( terjemahannya – Saya persoalkan kewujudan 1MDB dan bagaimana ia diuruskan. Mereka ( para manager ) datang bertemu saya tapi mereka juga tidak mampu jelaskan bagaimana dana itu diraih dan kenapa IPP dibeli dengan harga yang tinggi dan juga mengenai komisen yang dibayar kepada Goldman Sachs.
Saya tidak nampak keperluannya diwujudkan dana seperti 1MDB. Tidak menyumbang apapun. Kita dalam keadaan yang baik tanpa perlunya dana seperti itu. Kerajaan tidak seharusnya melabur dalam dana berbentuk perjudian seperti hedge fund. )

Husni berkata lagi – Pada faham saya, penubuhan sesebuah syarikat pelaburan memerlukan kajian mendalam melibatkan kajian Fisibiliti, Risiko Perniagaan, Risiko Kewangan, Unjuran Aliran Tunai, Unjuran Untung Rugi, dan Unjuran Imbangan Kewangan.

Apakah semua itu TIDAK ADA  disediakan oleh dalang yang menubuhkan 1MDB ? Apakah penubuhan 1MDB pakai main redah saja ? Patutlah cara ‘main redah saja’ ini berulangkali diulangi oleh Shahrol, bekas CEO 1MDB yang bertanggungjawab dalam hampir kesemua skandal berkaitan 1MDB. Kelulusan ahli lembaga pengarah tidak diperlukan, nasihat ahli lembaga pengarah tidak dihiraukan, menipu Bank Negara ….. langsung tidak ikut prosedur !

Berpuluh bilion ringgit wang kerajaan / rakyat dibuat seolah duit mak bapak dia ! Sekarang bila nama dan skandal 1MDB ini dan mashyur di seluruh dunia, baru sibuk nak libatkan kerajaan dan negara. Pandai pula sembunyi belakang kerajaan, masa buat hari tu, main redah jer.

Baca lagi luahan Husni ini –

Semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB ? Kata-kata itu membuka mata hati saya …. harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega. 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hati saya.

Seperti yang saya komen ketika Husni letak jawatan tempoh hari, apapun Husni masih perlu bertanggungjawab ke atas apajua kenyataan yang pernah beliau keluarkan semasa masih bertugas. Dan bertanggungjawab untuk mendedahkan kepada rakyat apa yang beliau tahu mengenai 1MDB terutamanya maklumat yang boleh mendedahkan Kebenaran di sebalik skandal 1MDB.

Tidak ketinggalan adalah juga Kebenaran disebalik isu RM2.6 bilion. Selaku bekas bendahari Umno, Husni pastinya juga tahu banyak cerita berkaitan 2.6 bilion.

PS – Sekarang tugas Menteri 1MDB diambilalih oleh Datuk Johari. Bezanya, Datuk Jo dilihat lebih berhati2 dalam membuat kenyataan dan tidak mempertahankan 1MDB cuma beliau mengelak dari mengaitkan Najib.