SIULAN MINALI MENYEBABKAN TIDUR NAJIB TERGANGGU?

Tweet oleh MB Selangor Mohamaed Azmin Ali menerusi twitter hari ini sudah tentu menjadikan ada orang tidak senang. Minali telah melepaskan “siulan” mayanya mengatakan seorang menteri kanan telah letak jawatan. Beliau tidak sebut nama menteri berkenaan, tetapi dari siulan-siulan yang dibawa angin ia mengatakan Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II?

Walaupun tweet Azmin itu dilihat sebagai main-main tetapi ia berjaya menarik perhatian Najib Razak. Beberapa jam selepas tweet Azmin itu Najib menyiulkan tweet menafikannya. Menurutnya dia tidak menerima apa-apa maklumat mengenai hal itu – ada seorang menteri kanan letak jawatan?

Dalam politik penuh dengan tafsiran dan persepsi. Kalau tweet Minali itu kosong untuk apa Najib menafikannya. Beliau patut biarkan ia berlalu di angin lalu sahaja. Penafian Najib itu memberi ruang kepada orang mentafsirkan perkara itu sebagai ia ada kebenarannya, berdasarkan bidalan berbunyi; “pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin,” menyebabkan siulan Minali itu dikaji dan dicari.

Mungkina di kalangan menteri saling berhubung dan bertanya sesama sendiri hingga ke dini esok.

Yang pastinya malam ini Najib tidak nyenyak tidur dan Johari yang disebut itu juga menghadapi masalah sama. Sama ada benar atau tidak, tentu Johari atau menteri berkenaan kini dipantau. Rumahnya pasti dikawal pasukan keselamatan bukan dalam jumlah biasa lagi. Mungkin ditambah. Begitu juga peralatan komunikasinya dikesan serapi mungkin.

Dan esok dan esoknya pergerakan Johari akan dipantau dan diawasi. Segala maklumat dan percakapan orang ramai mengenai juga akan diintip oleh para inteligen Najib. Yang pastinya esok sebelum mentari terbenam Johari akan membuat kenyataan selepas diasak oleh media. Apakah kenyataan beliau esok ia akan menamatkan spekulasi menarik ini?

Dan mengikut logiknya pula Azmin tidak akan saja-saja membuat siulan itu kalau beliau tidak ada maklumat mengenainya. Kalau Azmin bergurau, gurau itu adalah gurau biawak. Saya yakin Minali ada asas dan sebab tersendiri untuk melepaskan siulan yang sangat menganggu dan menggemparkan itu.

Dalam pada itu ada logiknya kalau Johari menteri kanan yang dikatakan bercadang atau berfikir untuk meletak jawatan. Beliau jadi menteri sebagai mengganti Husni Handzalah yang letak jawatan kerana tidak sanggup terbeban dengan isu 1MDB. Apakah Johari juga menghadapi tekanan yang sama? Skandal 1MDB turut menganggui emosinya sehingga ia yang dimaksukan dalam siulan tweet Minali itu?

Kita tunggu cerita selanjut sehingga hari esok.

– http://msomelayu.blogspot.my

.